Advancecon peroleh kontrak RM47.6 juta daripada JCorp bagi projek infrastruktur di Tanjung Langsat, Johor
KUALA LUMPUR 4 Mei – Advancecon Holdings Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Advancecon Infra Sdn. Bhd memperoleh kontrak daripada Johor Corporation (JCorp) bagi pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur bernilai RM47.6 juta di Johor.






