Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 Platform Utama Perkukuh Kerjasama Serantau - PMO
KUALA LUMPUR 26 Mei (Bernama) - Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini merupakan platform utama bagi pemimpin-pemimpin ASEAN meneliti kemajuan rantau itu dalam tiga tunjang utama iaitu politik-keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya.






