KUALA LUMPUR 24 Mei – Strategi dan usaha Kerajaan MADANI dalam menguruskan ekonomi negara menunjukkan hasil, dengan laporan defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada RM21.9 bilion pada pada akhir Mac 2025, berbanding RM26.4 bilion pada akhir Mac tahun lalu.
Penolong Profesor Ekonomi Perniagaan di Universiti Nottingham Malaysia, Tan Chee Meng berkata pencapaian kerajaan dalam mengurangkan defisit didorong oleh strategi kerajaan yang berjaya memacu lonjakan pelaburan sebanyak 12%, eksport yang kukuh dalam barangan elektrik dan elektronik, serta aliran masuk pelancong yang lebih besar ke negara ini.
“Defisit suku pertama telah menyusut sebanyak 17% pada suku pertama, manakala hasil telah meningkat walaupun perbelanjaan telah menurun.
"Ini adalah petanda positif bahawa Malaysia mungkin memenuhi unjuran defisit fiskal sebanyak 3.8%,” kata beliau kepada DagangNews.

Tan juga berkata kerajaan Madani berada di landasan yang betul apabila menguruskan ekonomi dan ini dibuktikan dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara meningkat sebanyak 5.1 peratus pada 2024, yang mencatatkan peningkatan ketara daripada 3.6 peratus yang dicatatkan pada tahun sebelumnya 2023.
Ini sekaligus menepis usaha sesetengah pihak yang cuba mencetuskan suasana panik dengan menjaja ‘ekonomi merosot’, dimana realitinya kerajaan sedang berusaha menutup `lubang-lubang' hutang dengan strategi dan disiplin.
Kerajaan MADANI Berjaya membuktikan usaha dan strategi reformasi dengan keputusan serta angka yang lebih baik menerusi fiskal makin stabil, hasil negara meningkat.
Pada masa yang sama, Tan berkata antara usaha yang boleh membantu ekonomi negara untuk menjadi lebih baik adalah melalui usaha menyegerakan rundingan perdagangan dengan negara luar terutamanya dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang timbul berikutan pentadbiran Donald Trump yang mengumumkan dalam kenaikan tarif sekata dari AS sebanyak 10% selepas tempoh pengurangan tarif selama 90 hari bermula pada 9 April 2025.
“Tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan dalam mengukuhkan ekonomi negara. Sebagai contoh, Malaysia boleh membantu dengan menyegerakan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN, yang akan menyepadukan lagi ekonomi ASEAN dan juga Malaysia dengan GCC.
Tan turut berkata Malaysia hubungan erat dengan GCC melalui FTA, dan itu akan memberi inspirasi kepada keyakinan pasaran. Secara keseluruhannya, prospek ekonomi bagi ASEAN dan Malaysia adalah positif selagi kita mampu menukar idea kepada tindakan.
Mengulas lebih lanjut kesan tarif AS yang dikenakan ke atas Malaysia, Tan berkata tarif awal sebanyak 24 peratus yang dikenakan pada awalnya tidak berkemungkinan kekal pada tahap itu selepas tempoh pengurangan tarif 90 hari tamat sekitar awal Julai.

Beliau berkata pengurangan tarif selepas tempoh 90 hari itu didorong oleh dua faktor iaitu langkah proaktif Malaysia dalam melibatkan diri dengan AS dalam mencari konsensus untuk menurunkan tarif AS.
“Kedua, kemungkinan sasaran utama perang perdagangan AS ialah China, dan melaksanakan tarif merentasi negara di dunia mungkin menjadi tabir asap (smoke screen) untuk menutup aduan bahawa China telah disasarkan secara tidak adil oleh Amerika,” jelas beliau lagi.
Masalah lain ialah sokongan untuk Amerika. Jika tarif AS di seluruh dunia kekal tinggi, ini mungkin mendorong negara yang terjejas oleh tarif untuk menyebelahi dan bersimpati dengan China, yang mungkin menjejaskan pengaruh dan minat Amerika dalam jangka panjang.
Dalam konteks lain, Tan berpandangan sekiranya AS mengekalkan kadar tarif yang tinggi, ianya akan menjejaskan sokongan kepada AS serta mendorong negara yang terjejas oleh tarif untuk menyebelahi dan bersimpati dengan China, yang mungkin menjejaskan pengaruh dan minat Amerika dalam jangka panjang.
Mengenai langkah yang boleh diambil kerajaan untuk terus mengukuhkan ekonomi negara, Tan berkata Malaysia memerlukan pembaharuan struktur sebenar untuk menjadikan ekonomi lebih teguh.
“Satu langkah ke hadapan ialah mendigitalkan ekonomi untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perniagaan, yang juga membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana mengakses pasaran sedia ada dan baharu untuk menjual produk mereka.
Sudah tentu, kualiti pendidikan tinggi dan program sosial yang meningkatkan segmen ekonomi yang lebih miskin adalah perlu untuk memastikan pembangunan negara seimbang merentas masyarakat dan sebelah pihak,” kata beliau lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Konsolidasi Fiskal Malaysia Bagi Suku Pertama 2025 Kekal Di Landasan Tepat - MOF
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, hasil Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak tiga peratus berbanding suku yang sama tahun 2024 kepada RM72.1 bilion, didorong oleh kutipan cukai yang lebih tinggi, terutamanya daripada peningkatan hasil Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta kutipan cukai pendapatan individu.
Menurutnya, jumlah perbelanjaan menurun sebanyak 2.5 peratus kepada RM94.2 bilion, terutamanya disebabkan pengurangan perbelanjaan subsidi berikutan pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel dan harga minyak global yang lebih rendah. - DagangNews.com








