MB: Perlis tidak luluskan lesen kedai judi baharu; tidak akan perbaharui sedia ada
KUALA LUMPUR 9 Jun — Perlis tidak akan mengeluarkan lesen operasi baharu kepada syarikat perjudian dan loteri, tetapi akan membincangkan minggu depan sama ada cawangan sedia ada di negeri itu boleh terus beroperasi, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dilaporkan berkata.






