Bursa Malaysia dimaklumkan Sapura Energy tidak terlibat dalam siasatan SPRM
KUALA LUMPUR 12 Mei - Sapura Energy Bhd memberi jaminan kepada pelanggan, rakan kongsi dan pemegang kepentingannya bahawa syarikat itu tidak terlibat dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), walaupun laporan berita baru-baru ini menyebut nama syarikat.






