Bajet 2023: RM95 bilion bagi perbelanjaan pembangunan negara - peruntukan terbesar sejak 2021
KUALA LUMPUR 7 Okt - Bajet 2023 menyediakan peruntukan perbelanjaan pembangunan terbesar dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM95 bilion, meningkat dengan ketara berbanding peruntukan 2022 sebanyak RM75.6 bilion dan RM64 bilion pada 2021.






