BAT Malaysia catat untung bersih RM40.32 juta, susut berbanding tahun lalu disebabkan peningkatan pengguna vape dan rokok seludup
KUALA LUMPUR 30 Mei - British American Tobacco (Malaysia) Bhd (BAT Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM40.32 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023 (1Q23) daripada keuntungan bersih RM52.28 juta setahun lalu.






