Naratif Ekonomi Madani permulaan baik untuk kerajaan tingkatkan ekonomi pada kadar mampan - UOB
KUALA LUMPUR 28 Julai - UOB Bank berkata naratif Ekonomi Madani merupakan permulaan yang baik bagi Kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan ekonomi pada kadar mampan dan berdaya tahan di tengah-tengah peningkatan tekanan luar dan cabaran domestik selepas pandemik.






