Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kobay Technology kembali untung RM49 juta pada FY26, hasil melepasi RM500 juta buat kali pertama

GEORGETOWN 26 Ogos - Kobay Technology Berhad kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM49 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 (FY26), berbanding kerugian bersih RM15.2 juta pada tahun sebelumnya, didorong pertumbuhan kukuh dalam semua segmen perniagaan utamanya.<

Keyfield beli kapal pengorek Inai Kenanga berharga RM99.7 juta, sasar 20% keuntungan daripada aktiviti bukan minyak dan gas

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Keyfield International Berhad mengembangkan perniagaannya ke industri pengorekan menerusi pengambilalihan kapal pengorek mega Inai Kenanga pada harga AS$24.7 juta bersamaan kira-kira RM99.7 juta.

 

Untung bersih IJM naik 44% kepada RM137.4 juta bagi 1QFY27, isytihar dividen khas 10 sen

KUALA LUMPUR 26 OgosIJM Corporation Berhad mencatat kebangkitan kukuh pada suku pertama tahun kewangan 2027 dengan keuntungan bersih melonjak 43.7% kepada RM137.4 juta, sekali gus mendorong kumpulan itu mengisytiharkan dividen khas 10 sen sesaham kepada pemega

Mahkamah putuskan bank wajib laksana semakan pastikan maklumat pemindahan wang betul 

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Mahkamah Tinggi memutuskan bank mempunyai kewajipan untuk berhati-hati dalam pemindahan wang pelanggan, walaupun pelanggan memberikan nombor akaun salah, kerana bank sepatutnya mempunyai mekanisma untuk memastikan nama penerima dan nombor akaun yang dimasuk

Corten catat pertumbuhan 20.7%, muncul penyumbang hasil terbesar Signature International pada 2QFY26

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Perniagaan Corten muncul sebagai penyumbang hasil terbesar Signature International Berhad buat kali pertama selepas mencatat hasil RM77.8 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 (2QFY26), meningkat 20.7% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Axis-REIT beli tiga gudang industri di Pulau Indah berjumlah RM61 juta daripada Megalift

KUALA LUMPUR 26 OgosAxis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT) terus mengukuh penguasaannya dalam segmen hartanah industri apabila membeli tiga gudang di Taman Perindustrian Pulau Indah, Klang, Selangor pada harga RM61 juta.

 

Segmen peruncitan, pejabat sokong peningkatan keuntungan KLCCP Stapled kepada RM203.9 juta

KUALA LUMPUR 26 Ogos – KLCCP Stapled Group mencatat peningkatan sederhana bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 (2QFY2026) dengan keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat 1.6% kepada RM203.88 juta daripada RM200.66 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

 

MCE peroleh kontrak Perodua RM54.28 juta bekalkan komponen audio, kamera undur dan ADAS

KUALA LUMPUR 26 OgosMCE Holdings Berhad memperoleh kontrak bernilai RM54.28 juta daripada Perodua bagi membekalkan komponen elektronik automotif termasuk paparan audio, kamera undur dan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS).

 

Malaysia Airports cari rakan strategik bangunkan ekosistem pengiklanan lapangan terbang

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Malaysia Airports Holdings Berhad membuka Permintaan Maklumat (Request for Information - RFI) bagi mendapatkan pandangan industri mengenai pembangunan masa depan ruang pengiklanan di rangkaian lapangan terbang kendaliannya.

 

Sarawak sasar projek simpanan karbon pertama 2028, medan minyak Kasawari dipilih jadi tapak perintis

KUALA LUMPUR 26 OgosSarawak bakal melaksanakan projek penyimpanan karbon pertamanya menjelang 2028 menerusi pembangunan medan minyak Kasawari di luar pesisir negeri itu, sekali gus membuka peluang hasil baharu daripada syarikat dan industri.

 

Hasil Leong Hup meningkat 3.5% kepada RM2.21 bilion pada 2QFY2026

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Leong Hup International Berhad mencatat peningkatan hasil sebanyak 3.5% kepada RM2.21 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 (2QFY2026) didorong pertumbuhan perniagaan makanan ternakan serta prestasi lebih baik segmen ternakan dan produk berkaitan ayam

Oppstar kembali untung selepas hampir dua tahun rugi disokong peningkatan hasil pasca-silikon

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Oppstar Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih buat kali pertama dalam tempoh hampir dua tahun apabila lonjakan hasil daripada perkhidmatan reka bentuk dan pengesahan pasca-silikon berjaya mengembalikan syarikat reka bentuk cip itu ke landasan positif.

Aset cair Kinergy naik kepada RM168.8 juta, nisbah hutang susut hampir separuh

KUALA LUMPUR 26 OgosKinergy Advancement Berhad mengukuhkan kedudukan kewangan dengan aset cair naik 43.6% kepada RM168.8 juta dan nisbah hutang bersih susut hampir separuh kepada 0.25 kali.

 

Subscribe to Terkini