Skechers buka lebih banyak kedai di sebalik kepesatan pemasaran digital | DagangNews Skip to main content

Skechers buka lebih banyak kedai di sebalik kepesatan pemasaran digital

GAMBAR Butik Kasut Gaya Hidup terbaharu Skechers di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur yang dibuka secara rasmi pada 12 Jun lalu.

KUALA LUMPUR Jun — Jenama peneraju sukan dan gaya hidup, Skechers Malaysia yakin pelanggan di negara ini masih mahukan pengalaman membeli-belah fizikal, disebalik pertumbuhan pesat pemasaran digital.

Pengurus Besar Skechers Malaysia, Encik CH Cheng berkata, pihaknya memahami pelanggan mahu merasa dan menyentuh produk Skechers sebelum membelinya. 

Atas faktor tersebut, pihaknya berhasrat untuk memperkenalkan lebih banyak koleksi selain membuka lebih banyak kedai di keseluruhan rangkaian runcit kerana syarikat percaya jenama ini akan terus tumbuh.

Beliau berkata demikian pada majlis pembukaan kedai serba baharu gaya hidup di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 12 Jun lalu. Terletak di sebuah daripada pengalaman runcit terbaik di bandar raya ini, kedai seluar 2,217 kaki per segi itu akan menjadi kedai gaya hidup jenama yang kedua di Lembah Klang. 

Skechers Malaysia juga akan membuka kedai konsep baharu di Tropicana Gardens Mall pada akhir bulan ini dan satu lagi di Gateway@KLIA2.

Kedai baharu gaya hidup di Mid Valley Megamall memaparkan elemen baharu visual-barangan dan reka bentuk kedai manakala produk-produk di dalam kedai dikategorikan kepada Lelaki dan Wanita, berdasarkan koleksi ikonik yang terdapat di dalam kedai —  Mark Nason x Skechers, Skechers USA,  Skechers Sports, Skechers Modern Comfort, Skechers Street dan banyak lagi.

Kedai kota raya di Gateway@KLIA2 akan memiliki dua bahagian berbeza kedai konsep, memaparkan koleksi kasut terkini selain kedai yang menempatkan pelbagai koleksi gaya hidup dan prestasi nilai-belian Skechers untuk Lelaki, Wanita dan Kanak-Kanak manakala kedai konsep di Tropicana Gardens Mall akan dilengkapkan dengan koleksi terkini dan terbaharu kasut gaya hidup dan prestasi, pakaian, beg galas dan aksesori.