Penampilan ungu lengkapkan 6 variasi warna iPhone 12 | DagangNews Skip to main content

Penampilan ungu lengkapkan 6 variasi warna iPhone 12

iPhone 12 Ungu

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 21 April - Kemunculan warna baharu iaitu ungu menjadi pelengkap kepada enam variasi warna iPhone 12.

 

Kehadiran warna baharu tersebut diumumkan Apple dalam laman web rasminya.

 

Warna ungu tersebut ditampilkan dalam rona lembut dan cerah bersama lima warna yang sedia ada iaitu hitam, putih, merah, hijau dan biru.

 

.

 

Bagaimanapun, warna baharu tersebut hanya dikeluarkan bagi iPhone 12 and iPhone 12 mini.

 

Dalam laman web rasminya, Apple memaparkan perkataan 'Coming soon' yang bermaksud akan datang bagi warna berkenaan.

 

"Tempahan awal variasi ungu boleh dibuat bermula 23 April 2021 di 30 buah negara.

 

"Bagaimanapun, warna berkenaan akan mula dijual mulai 30 April 2021," jelas Apple.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook memberitahu, kehadiran warna baharu berkenaan memberi elemen kecanggihan dan kecerahan.

 

.

 

Tambah Apple lagi, kemunculan variasi warna berkenaan juga tidak disertakan dengan kepala pengecas dan EarPods.

 

Bagaimanapun, kabel USB-C 'to Lighting' yang menyokong kadar pengecasan pantas disertakan dalam kotak model berkenaan.

 

"Kami menyarankan pengguna untuk menggunakan semula kabel USB-A 'to Lighting', power adapters dan fon kepala yang sedia ada yang sesuai dengan model iPhone ini.

 

"Namun, jika anda memerlukan 'power adapters' dan fon kepala yang baharu, ia tersedia untuk dibeli," jelas Apple lagi. - DagangNews.com