PUTRAJAYA 22 Feb - Kerajaan sedang dalam proses semakan dan kajian semula kadar bayaran gaji minimum selaras dengan Akta Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732].
KUALA LUMPUR 22 Feb - AmInvestment Bank Research menganggarkan sistem kabel dasar laut Asia Tenggara-Asia Barat-Eropah Barat 6 (SEA-ME-WE 6) yang disertai Telekom Malaysia Bhd. (TM) melalui konsortium mencecah lebih AS$1 bilion.
KUALA LUMPUR 22 Feb - TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) memeterai memorandum persefahaman (MoU) tiga pihak dengan IHI Corporation dan Petronas untuk kajian kebolehlaksanaan karbon hidrogen rendah dan rantaian bekalan ammonia karbon rendah di Malaysia.
KUALA LUMPUR 22 Feb - Lii Hen Industries Berhad berdepan pelbagai cabaran termasuk kekurangan pekerja asing, peningkatan kos bahan mentah selain kelewatan penghantaran barangan yang mengakibatkan peningkatan caj penghantaran.
KUALA LUMPUR 22 Feb - Prospek Pharmaniaga Bhd. kekal menyakinkan terutama dengan pembinaan kemudahan pengeluaran vaksin yang akan menyokong pertumbuhan kumpulan dalam tempoh jangka pendek dan panjang, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.
KUALA LUMPUR 22 Feb – Penyedia penyelesaian pembayaran tanpa tunai Revenue Group Berhad bergandingan dengan UnionPay International (UPI) bagi menyediakan permohonan Sijil Perisytiharan Kesihatan (HDC) bagi rakyat Malaysia yang melawat China menerusi Super App yang dilancarkan bar
KUALA LUMPUR 22 Feb - Kenanga Research mengurangkan unjuran untung bersih teras BP Plastics Holding Bhd. bagi tahun kewangan 2022 (FY22) sebanyak 8% kepada RM48.5 juta berbanding RM53 juta sebelum ini.
KUALA LUMPUR 22 Feb - MIDF Research menyemak turun pendapatan Tiong Nam Logistics Holdings Berhad bagi FY22 sebanyak 13% kepada RM6.9 juta selepas menyelaraskan anggaran margin keuntungan disebabkan kos operasi yang lebih tinggi.
KUALA LUMPUR 22 Feb - Kerajaan negeri Sabah menerima Anugerah Kecemerlangan Prestasi Halal peringkat negeri daripada Halal Development Corporation Berhad (HDC) semasa Anugerah Kecemerlangan Halal Sedunia (WHEA 2021), untuk tahun ini.
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB menyasarkan seramai 20,000 usahawan luar bandar berdaftar dengan aplikasi e-dagang e-Desa yang dibangunkan khusus untuk industri kecil dan sederhana (IKS), di luar bandar menjelang hujung tahun ini.