KUALA LUMPUR 8 Dis - Propel Global Berhad mengumumkan pemeteraian perjanjian penjualan saham bersyarat untuk membeli 51% kepentingan dalam Best Wide Engineering (M) Sdn Bhd (BWE) pada harga RM7.82 juta.
KUALA LUMPUR 8 Dis - Sapura Energy mencatat untung bersih sebanyak RM10.18 juta pada suku ketiga berakhir 31 Oktober 2022 berbanding kerugian bersih berjumlah RM669.34 juta yang direkodkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR 8 Dis - Pemain industri minyak dan gas tempatan dijangka mendapat manfaat daripada peningkatan dalam perbelanjaan modal domestik (capex) Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
KUALA LUMPUR 8 Dis - Tune Protect Group Berhad menampilkan 'Tech-Focused Corporate Day', teknologi API yang dibangunkan secara dalaman menjadi pemangkin kepada perkembangan kumpulan bersama dengan rakan kongsi perniagaan terutamanya daripada segi polisi digital yang berjaya menja
KUALA LUMPUR 8 Dis - Pemegang saham Sarawak Consolidated Industries Bhd. (SCIB) dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-46 hari ini mengundi untuk melantik semula Nexia SSY Plt sebagai juruaudit dan memberi kuasa kepada para pengarah untuk menetapkan imbuhannya.
KUCHING 8 Dis - Koperasi di Malaysia melalui Institut Koperasi Malaysia dan rakan teknologinya Nectar Consortium Sdn Bhd menyasarkan untuk membantu Sarawak menjadi pengeksport bersih hasil makanan menjelang 2030.
KUALA LUMPUR 8 Dis - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) diiktiraf sebagai Syarikat Frontier oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui Program Peningkatan Produktiviti kepada Enterpris atas kejayaan melaksanakan amalan baik pengurusan.
KUALA LUMPUR 8 Dis - Data daripada Kajian Celik Kewangan RinggitPlus Malaysia (RMFLS) 2022 mendedahkan beberapa kebenaran yang menyakitkan tentang keadaan kewangan semasa rakyat, termasuk simpanan yang semakin berkurangan, isu aliran tunai dan trend lain yang membimbangkan.
KUALA LUMPUR 8 Dis - Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM MAG) mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) untuk ‘Peserta Teramai dalam Acara Membuat Tabung’ yang diadakan semasa Festival Kanak-Kanak @ MAG 2022.