| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Tunku Datuk Yaacob Khyra kini pengerusi KNM Group

KUALA LUMPUR 10 Feb - KNM Group Bhd, yang baru-baru ini gagal membayar hutang kira-kira RM417 juta, berkata pengarahnya Tunku Datuk Yaacob Khyra kini merupakan pengerusi bukan eksekutifnya berkuatkuasa 9 Februari 2023.

 

Pemilik kenderaan persendirian tidak perlu pamer cukai jalan lagi - Menteri Pengangkutan

PETALING JAYA 10 Feb - Pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan lesen kenderaan bermotor mereka, yang biasa dirujuk sebagai cukai jalan, berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

 

MAHB mungkin berdepan pengendali lapangan terbang baharu di bawah perjanjian operasi 2023

KUALA LUMPUR 10 Feb - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mungkin berdepan saingan daripada pengendali lapangan terbang baharu yang mungkin ditubuhkan melalui model perkongsian awam-swasta, kata Kenanga Research.

 

Bina Darulaman raih kontrak bernilai RM34 juta daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

KUALA LUMPUR 10 Feb - Bina Darulaman Bhd, melalui unitnya BDB Infra Sdn Bhd, telah dianugerahkan kontrak RM34.08 juta oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk membangunkan sistem pengairan tertier di Kedah dan Perlis.

 

Allianz General lancar perlindungan bantuan tepi jalan untuk kenderaan barangan

KUALA LUMPUR 10 Feb - Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd melancarkan Allianz Truck Warrior, manfaat tambahan bagi menyediakan bantuan tepi jalan untuk pemegang polisi Kenderaan Barangan Allianz (komprehensif) yang terlibat dalam kemalangan atau mengalami kerosakan. 

AmInvestment optimis MAHB kembali catat untung pada suku akan datang 

KUALA LUMPUR 10 Feb - AmInvestment Bank Research menjangkakan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan kembali mencatat keuntungan pada suku akan datang dipacu volum penumpang yang lebih tinggi dan struktur kos lebih berhemah.
 

Perkeso tingkatkan lagi pegangan dalam Cypark kepada 6.22%

KUALA LUMPUR 10 Feb - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) meningkatkan lagi pegangannya dalam Cypark Resources Bhd kepada 6.216% daripada 5.494%.

 

Kelembapan ekonomi global diunjur lemahkan prestasi bahagian pembuatan Kobay Technology, kata HLIB

KUALA LUMPUR 10 Feb - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengunjurkan prestasi bahagian pembuatan Kobay Technology Berhad akan lemah berikutan kelembapan ekonomi global.

 

Muhyiddin nafi dakwaan pemberian kontrak NIISe kepada menantu

KUALA LUMPUR 10 Feb - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat IRIS Corporation Berhad.

 

Kemelesetan ekonomi akan jejas daya pengeluaran Tasco - MIDF Research

KUALA LUMPUR 10 Feb - Tasco Berhad kekal berhati-hati dengan risiko kemelesetan ekonomi global yang semakin meningkat kerana bimbang ia akan menjejaskan daya pengeluarannya pada masa akan datang.

 

Subscribe to