| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Belanjawan 2023 : Penjawat awam dapat duit raya RM700, pesara kerajaan RM350

KUALA LUMPUR 24 Feb - Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

 

Pada masa sama, sebanyak RM350 akan disalurkan kepada pesara kerajaan. 

Kementerian Pendidikan terima peruntukan tertinggi RM55.2 bilion menerusi Belanjawan 2023

KUALA LUMPUR 24 Feb - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion pada tahun lepas.

 

Belanjawan 2023 : Kos projek MRT3 disemak semula di bawah RM45 bilion

KUALA LUMPUR 24 Feb - Kerajaan akan mengkaji semula perincian projek MRT3 untuk memastikan nilai terbaik dan yakin dapat mencapai penjimatan tambahan sekurang-kurangnya di bawah RM45 bilion.

 

CIMB welcome the Government’s RM10 million allocation to the National Scam Response Centre 

We are pleased to see the Malaysian Government’s focus on driving sustainable economic growth through Malaysia MADANI Budget 2023.

 

Belanjawan 2023: Kerajaan tambah caruman RM500 untuk Akaun 1 KWSP bagi pencarum berusia 40-45 yang baki kurang RM10,000

KUALA LUMPUR 24 Feb - Kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun tersebut.

 

Belanjawan 2023 : Sabah, Sarawak raih manfaat terbesar peruntukan pembangunan

KUALA LUMPUR 24 Feb - Sabah dan Sarawak akan terus meraih manfaat besar di bawah Belanjawan 2023 dengan peruntukan pembangunan masing-masing sebanyak RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion.

 

Belanjawan 2023 : Tanah terbiar Felda, Felcra, Risda akan dibangunkan dengan projek tanaman makanan

KUALA LUMPUR 24 Feb - Kerajaan bercadang supaya Felda, Felcra, Risda dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyuburkan tanah-tanah terbiar milik mereka dengan keluasan sehingga 800 ekar untuk projek tanaman makanan.

 

CJ Century kekal trajektori pertumbuhan, naik 10.4% bagi tahun kewangan 2022

KUALA LUMPUR 24 Feb - CJ Century Logistics Holdings Berhad mengekalkan trajektori pertumbuhannya dengan mencapai hasil rekod sebanyak RM930.396 juta bagi tahun kewangan penuh berakhir 31 Disember 2022, iaitu peningkatan 10.4% daripada RM843.022 juta yang dicatat pada FY21.

Belanjawan 2023 : Cukai pendapatan golongan M40 dikurangkan 2%

KUALA LUMPUR 24 Feb - Kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna golongan pertengahan M40 dengan mengurangkan kadar cukai pendapatan individu sebanyak 2%.

 

Belanjawan 2023: GLC labur akan labur RM1.5 bilion dalam syarikat pemula yang inovatif

KUALA LUMPUR 24 Feb - Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan melabur dalam syarikat-syarikat pemula tempatan yang inovatif dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion.

 

Subscribe to