| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content
Musim candat sotong beri pulangan lumayan kepada pengusaha bot di Terengganu

KUALA TERENGGANU 14 Jun - Musim mencandat sotong dengan hasil tangkapan luar biasa yang bermula sejak April lalu memberi limpahan rezeki untuk pengusaha bot, nelayan dan tekong di Terengganu. 

 

Tomypak cadang ambil alih 70% kepentingan EB Packaging dengan pertimbangan tunai RM105 juta

KUALA LUMPUR 14 Jun - Tomypak Holdings Bhd memulakan semula usahanya untuk membeli kepentingan dalam EB Packaging Sdn Bhd, selepas memorandum persefahaman terdahulu untuk perjanjian itu luput pada November.

 

Simon Sun dilantik sebagai CEO Huawei Malaysia baharu

KUALA LUMPUR 14 Jun - Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd mengumumkan pelantikan Simon Sun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya.

 

Harga purata jualan lemah, kos input tinggi beri tekanan kepada sektor bahan binaan

KUALA LUMPUR 14 Jun - Sektor bahan binaan mencatatkan kemerosotan ketara dari segi pendapatan penghantaran pada suku pertama tahun ini dengan kesemua syarikat di bawah liputan Kenanga Reseach merekodkan keputusan mengecewakan.

 

Kelantan bubar DUN pada 22 Jun 2023 bagi beri laluan Pilihan Raya Negeri - MB

KOTA BHARU 14 Jun - Kerajaan Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

 

Ultimate Print raih tender cetak saman PDRM bernilai RM47 juta

SHAH ALAM 14 Jun - Grup Percetakan Ultimate Print Sdn Bhd (UPSB) berjaya memenangi tender perolehan kontrak perkhidmatan mencetak dan pengeposan notis saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak RM47.28 juta selama tiga tahun.

 

Kekurangan bekalan ayam jejas pengeluaran Malayan Flour Mills, unjuran untung bersih FY23 ‘dipotong’ 30% – AmInvest

KUALA LUMPUR 14 Jun - Bahagian ternakan ayam Malayan Flour Mills Berhad (MFM) berdepan masalah jumlah pengeluaran yang rendah pada masa ini disebabkan terdapat kekurangan ayam daripada penternak kontrak, kata AmInvest Research.

 

Cadangan penempatan persendirian tidak akan keluarkan Pharmaniaga daripada status PN17- Kenanga Research

KUALA LUMPUR 14 Jun - Cadangan Pharmaniaga Berhad untuk melaksanakan penempatan persendirian untuk saham terbitannya tidak akan mengeluarkan mereka daripada status Nota Amalan 17 (PN17) tetapi membantu membiayai modal kerja kumpulan buat sementara waktu.

 

Alpro Pharmacy, NCSM jalin kerjasama bantu ringankan beban kewangan pesakit kanser

KUALA LUMPUR 14 Jun - Rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Alpro Pharmacy dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kanser serta membantu meringankan beban kewangan pesakit

Subscribe to