Tanjung Pinang Development peroleh kemudahan pembiayaan RM450 juta daripada AmBank bagi projek Pulau Andaman
KUALA LUMPUR 18 Okt - Kumpulan AmBank telah memberikan kemudahan pembiayaan RM450 juta kepada anak syarikat Eastern & Oriental Berhad (E&O), Tanjung Pinang Development (TPD) bagi memudahkan projek pembangunan Pulau Andaman, Pulau Pinang.








