| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content
Country Height bantah tuntutan MBSB Bank jual Mines Waterfront pada harga RM91 juta

KUALA LUMPUR 4 Jun - Country Heights Holdings Berhad membantah tuntutan MBSB Bank Bhd untuk menjual Mines Waterfront Business Park Sdn Bhd (MWBP) sebanyak RM91 juta dengan menyatakan jumlah itu adalah lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa.

 

Ricky Wong terus diburu SC, waran tangkap pertama dikeluarkan Dis 2019

KUALA LUMPUR 4 Jun - Dua pertuduhan dan dua waran tangkap sudah dikeluarkan dengan yang pertama hampir lima tahun lalu namun bayang Wong Shee Kai atau Ricky Wong masih belum dapat dijejak sehingga kini.

 

Novan Amirudin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB mulai 1 Julai 2024

KUALA LUMPUR 4 Jun - CIMB Group Holdings Berhad mengumumkan pelantikan Novan Amirudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan perbankannya yang baharu, berkuat kuasa pada 1 Julai 2024.

 

PublicInvest turunkan ramalan pendapatan FY24 CCK Consolidated sebanyak 7% kesan pemansuhan subsidi daging ayam

KUALA LUMPUR 4 Jun - Public Investment Bank (PublicInvest) menurunkan ramalan pendapatan FY24 CCK Consolidated Holdings Bhd sebanyak 7% kesan pemansuhan susbsidi daging ayam pada November 2023.

 

Standard Chartered Saadiq Malaysia sediakan penyelesaian Akaun Mampan Islamik kepada Petronas

KUALA LUMPUR 4 Jun - Standard Chartered Saadiq Malaysia menyediakan penyelesaian Akaun Mampan Islamik kepada Petronas yang dicapai sempena Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam yang diadakan di sini baru-baru ini.

 

PTP kukuh kedudukan sebagai pelabuhan paling sibuk di Malaysia selepas catat pengendalian kontena melebihi 1.07 juta TEU sebulan

KUALA LUMPUR 4 Jun - Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) mencatatkan rekod baharu dengan mengendalikan sejumlah 1,077,747 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) dalam tempoh sebulan mengatasi pengendalian 1,001,819 TEU pada 2022.

 

MMHE raih subkontrak projek pencawang luar pesisir di Belanda bernilai RM1.5 bilion

KUALA LUMPUR 4 Jun - Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MMHE) mengumumkan telah memperoleh subkontrak untuk membina platform arus terus voltan tinggi (HVDC) pencawang luar pesisir (OSS) di Belanda yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion.

 

Sumbangan lebih baik produk pelayan AI, Kenanga Research naikkan unjuran pendapatan FY25 Nationgate sebanyak 19%

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kenanga Research menaikkan unjuran pendapatan FY25 Nationgate Holdings Bhd sebanyak 19% bagi mencerminkan sumbangan yang lebih baik daripada produk pelayan Kecerdasan Buatan (AI).

 

Subscribe to