Siab Holdings peroleh kontrak pembinaan bangunan RM176 juta di Pulau Pinang
KUALA LUMPUR 4 Julai - Syarikat pembinaan Siab Holdings Bhd telah memperoleh kontrak RM176.18 juta daripada pemaju hartanah Exsim Noordin Sdn Bhd untuk membina bangunan warisan dan bangunan servis apartmen 29 tingkat di George Town, Pulau Pinang.










