| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Dialog berbincang dengan syarikat bangunkan Terminal Air Dalam Pengerang fasa 3 - HLIB Research

KUALA LUMPUR 9 Sept - Dialog Group Bhd dalam perbincangan dengan beberapa syarikat bagi menyokong pembangunan Terminal Air Dalam Pengerang fasa 3 (PDT3) di Johor, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB Research).

 

CGS International semak turun unjuran pendapatan sesaham FY24-FY26 Pentamaster sehingga 24% kesan jualan lebih rendah

KUALA LUMPUR 9 Sept - CGS International menyemak turun unjuran pendapatan sesaham (EPS) FY24-FY26 Pentamaster Corp Bhd antara 17% hingga 24% kesan jualan lebih rendah untuk peralatan pengujian yang memenuhi keperluan syarikat semikonduktor automotif.

 

CIMB Securities menjangka peningkatan perbelanjaan pembinaan menjelang 4Q2024

KUALA LUMPUR 9 Sept - CIMB Securities mengesahkan semula jangkaan perbelanjaan pembinaannya akan menyaksikan lonjakan semula menjelang suku keempat 2024 (4Q2024), didorong oleh projek infrastruktur swasta dan dibiayai kerajaan.

 

Tebing sungai runtuh tidak jejas Projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau siap mengikut jadual pada 2025 - Maybank IB

KUALA LUMPUR 9 Sept - Projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau secara keseluruhan dijangka siap mengikut jadual pada 2025 walaupun tebing sungai bagi projek berkenaan runtuh dan menyebabkan gangguan di tapak pembinaan.

 

MDEC buka permohonan untuk tiga geran digital 2024

KUALA LUMPUR 9 Sept - Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka permohonan untuk tiga geran utama iaitu Geran Kandungan Digital (DCG) bagi sesi 2024/2025, Geran Pemangkin Digital Malaysia (MDCG) dan Geran Eksport Digital Malaysia (MDXG). 

 

Sektor perbankan diramal catat peningkatan untung bersih 6% pada FY24-FY26 disokong pendapatan bukan faedah lebih tinggi

KUALA LUMPUR 9 Sept - RHB Investment meramalkan sektor perbankan mencatatkan pertumbuhan untung bersih 6% bagi FY24 hingga FY26 disokong pinjaman dan pendapatan bukan faedah (NOII) manakala margin faedah bersih (NIM) dan kos kredit (COC) kekal stabil. 

 

Pelabur asing beli RM798 juta ekuiti tempatan minggu keempat berturut-turut, kata MIDF Research

KUALA LUMPUR 9 Sept - Pelabur asing terus membeli ekuiti tempatan di Bursa Malaysia untuk minggu keempat berturut-turut dengan jumlah keseluruhan bernilai RM798.3 juta.

 

 Persatuan SME lantik Chin Chee Seong sebagai presiden bagi penggal 2024-2026

KUALA LUMPUR 9 Sept - Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Associations) melantik Chin Chee Seong sebagai Presiden bagi penggal 2024 sehingga 2026 semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) pada Ahad.

 

99 Speed ​​Mart dibuka 12.1% lebih tinggi pada penampilan pertama IPO terbesar Malaysia dalam tempoh tujuh tahun

KUALA LUMPUR 9 Sept - 99 Speed ​​Mart Retail Holdings Bhd Malaysia dibuka tinggi dalam penampilan sulungnya di Bursa Malaysia pagi ini, dengan peruncit rantaian pasaran mini itu memperoleh RM2.36 bilion dalam penyenaraian terbesar negara dalam tempoh tujuh tahun.

 

Subscribe to