KUALA LUMPUR 19 Sept - Jualan kenderaan baharu di Malaysia menyusut 2.3% pada Ogos 2024, berbanding tahun sebelumnya, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
KUALA LUMPUR 19 Sept - Bank Negara Malaysia (BNM) dan National Bank of Cambodia (NBC) melancarkan jalinan pembayaran kod QR rentas sempadan antara Kemboja dengan Malaysia membolehkan pelanggan kedua-dua negara itu membuat dan menerima pembayaran rentas sempadan secara masa nyata.
KUALA LUMPUR 19 Sept - Peningkatan eksport ke China yang dicatatkan pada Ogos 2024 setelah dua bulan menguncup adalah perkembangan positif bagi perdagangan Malaysia, kata MIDF Research.
KUALA LUMPUR 19 Sept - Prospek Kimlun Corporation Bhd pada FY25 diramal lebih cerah disokong pelancaran projek infrastruktur awam dengan margin keuntungan lebih baik.
LONDON, UK - Media OutReach Newswire - 19 September 2024 - Forvis Mazars, a leading global tax, audit, and advisory network, has been recognized as one of the Best Places to Work in Central and Eastern Europe (CEE) and Central Asia.
KUALA LUMPUR 19 Sept - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Federal Express Corporation menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membantu peniaga eksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meluaskan jangkauan mereka ke arena antarabangsa.
KUALA LUMPUR 19 Sept - Transparency International (TI) Malaysia menyeru kerajaan menubuhkan panel pakar bebas bagi memantau penyampaian kontrak berkaitan projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3).
KUALA LUMPUR 19 Sept - Kenaikan tarif Bintulu Port mungkin mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan disebabkan oleh proses yang panjang untuk menyelaraskan semua pelabuhan Sarawak di bawah satu pihak berkuasa.
KUALA LUMPUR 19 Sept - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menaikkan unjuran kerugian Eco World International Bhd sebanyak 145% bagi FY24 selepas mengambil kira andaian jualan yang lebih rendah sebanyak RM620 juta atau penyusutan sebanyak 27%.
KUALA LUMPUR 19 Sept - Bilangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) meningkat daripada 907,065 pada 2015 kepada 1,069,831 pada 2022, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 2.4%, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) .