Edisi kelima MYStartup Pre-Accelerator tampil 30 syarikat pemula dibimbing Cradle, WTF
KUALA LUMPUR 25 Nov - Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) dengan kerjasama WatchTower and Friends (WTF), memperkenalkan 30 syarikat pemula berpotensi tinggi yang terpilih untuk menjadi sebahagian daripada MYStartup Pre-Accelerator Kohort 5.








