Untung bersih FY2025 Eco World melonjak 47% kepada RM445.3 juta, rekod tertinggi baharu kumpulan
KUALA LUMPUR 10 Dis – Eco World Development Group Bhd mencatat prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila menutup tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2025 dengan peningkatan besar dalam pendapatan, keuntungan dan kedudukan tunai.






