LUNAS perhebat inovasi maritim, keupayaan kejuruteraan melalui kerjasama dengan HD Hyundai, Hull Vane & Ocean Infinity
KUALA LUMPUR 21 April – Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS) terus memperluaskan keupayaan syarikat daripada pembinaan dan pembaikan kapal tradisional kepada pembangunan platform maritim termaju, sistem autonomi serta perkhidmatan kejuruteraan bernilai tinggi.







