Pavilion Kuala Lumpur kini nikmati sambungan 5G lebih stabil selepas naik taraf oleh DNB
KUALA LUMPUR 5 Mei – Digital Nasional Berhad (DNB) mempercepatkan peluasan liputan 5G dalam bangunan melalui pelaksanaan In-Building Solutions (IBS) di premis komersial utama negara dengan Pavilion Kuala Lumpur menjadi lokasi terbaharu menerima pengaktifan tersebut.






