Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan sedia hampir RM100 bilion kepada PKS dengan 80% jaminan risiko sejak 2009
KUALA LUMPUR 13 Okt – Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) berjaya membuka akses pembiayaan hampir RM100 bilion kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menjamin sehingga 80 peratus risiko yang enggan ditanggung oleh institusi kewangan.






