Rombakan Kabinet: Fokus perubahan struktur ekonomi atau percaturan politik? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 15 December 2023

Rombakan Kabinet Fokus Perubahan Struktur Ekonomi atau Percaturan Politik?

 

 

 

Seperti yang kita ketahui Perdana Menteri telah mengumumkan senarai jemaah Menteri baru dan Menteri yang dikekalkan bagi tahun 2023 / 2024 dalam rombakan Kabinet yang berlaku baru-baru ini.

 

Ramai penganalisis politik yang berpendapat ini merupakan satu percaturan politik untuk mengukuhkan kedudukan parti parti di dalam gabungan kerajaan perpaduan itu sendiri.

 

Tidak kurang juga ahli ekonomi yang melihat rombakan Kabinet ini adalah berkaitan dengan betapa kerajaan Perdana Menteri yang ke-10 ini cuba untuk merencana pengstrukturan ekonomi baru.

 

Ramai yang menjangkakan Perdana Menteri akan membuat beberapa pengumuman luar jangka menerusi senarai rombakan Kabinet yang diumumkan beliau.

 

Walaupun beberapa perkara sudah boleh dijangka atau diharap berlaku, tetapi hakikatnya tidak mudah membaca pemikiran dan strategi yang diterapkan PM menerusi rombakan Kabinet ini.

 

Dapat kita lihat rombakan cabinet ini dibuat dengan berhati-hati dan bersandarkan kepada faktor strategik kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat masih mempunyai sokongan kuat.

 

 

irsyad

 

 

Jika dibandingkan pada awal setahun lalu, pembentukan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri bersandarkan kepada keputusan dan kepentingan politik kerana penubuhan Kerajaan Perpaduan sebelum ini kerana disokong oleh 19 entiti parti politik.Hasil daripada itulah  kita melihat ada dua hingga tiga kementerian yang tidak efektif fungsinya.

 

Tetapi kali ini, pembentukan Kabinet adalah bersandarkan faktor strategik dan perubahan struktur ekonomi yang amat mendesak kerana Perdana Menteri merasai beliau mempunyai sokongan kuat. Jadi, tidak perlu meletakkan kepentingan politik di hadapan.

 

Jika kita melihat contohnya mewujudkan empat kementerian baharu, menerusi pecahan daripada dua kementerian terdahulu memberi gambaran Perdana Menteri percaya bahawa bidang-bidang berkenaan harus diberi tumpuan lebih mendalam.

 

Empat kementerian berkenaan ialah Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Awam, yang merupakan pecahan daripada NRECC, selain Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital (yang merupakan pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital).

 

Bagi  penubuhan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam melihatkan kerajaan PM10 amat mementingkan agenda sumber penggunaan tenaga yang mendasari ekonomi.

 

Apabila sesebuah negara semakin pesat membangun, populasinya semakin meningkat. Ini menyebabkan kadar permintaan terhadap sesuatu keperluan adalah tinggi.


 

waionuiomata

 


Gaya hidup masyarakat yang mahukan kehidupan lebih baik seperti rumah, bekalan elektrik dan air, kereta dan lain-lain menyebabkan permintaan terhadap sumber semula jadi semakin meningkat.

 

Pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang seperti pembalakan tidak terkawal, penerokaan tanah secara berleluasa, pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera, pembuangan sisa pepejal dan sebagainya menyebabkan pencemaran.

 

Jika pengurusan sumber semula jadi ini tidak diuruskan dengan baik, ia turut menjejaskan kualiti hidup manusia dan alam sekitar.

 

Justeru, masyarakat dunia kini menghadapi dua cabaran utama, iaitu isu perubahan iklim dan keselamatan tenaga. Kedua-dua isu ini harus ditangani secara kolektif dan efektif. Satu pendekatan yang kritis amatlah penting.

 

Sementara itu lantikana Datuk Seri Amir Hamzah yang di lihat sebagai bukanlah nama asing dalam dunia ekonomi. Reputasi beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan dana pelaburan keseluruhan KWSP setakat Ogos 2023 berada pada RM1.1 trilion.


 

irsyad

 


Beliau juga mempunyai pencapaian yang baik selaku Presiden dan CEO Tenaga Nasional Bhd (TNB) membuktikan pilihan ini mempunyai kredibiliti untuk mengemudi isu-isu kewangan dan ekonomi negara yang mendesak.

 

Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang sebelum ini pernah bersama Kabinet semasa pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke 6 sebagai Menteri Kewangan II kini dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi, menyebabkan jangkaan ramai penganalisis  tersasar.

 

Namun begitu jika dilihat pengalaman dan kebijaksanaan tokoh korporat yang mahir dalam bidang strategi dan perlaksanaan ini amat ditagih.

 

Kita perlu melihat yang Perdana Menteri amat memandang tinggi masalah ini dan meletakkan seorang strategis untuk memajukan sektor peladangan negara dalam mendepani cabaran-cabaran global.


 

irsyad

 


Ini termasuklah untuk menangani masalah seperti ketidaktentuan pasaran dunia, pematuhan standard global serta usaha pelobi-pelobi yang sentiasa cuba menjatuhkan imej sektor peladangan negara dalam kelestarian dan kemampanan keselamatan makanan negara.

 

Selain dari itu terdapat pertukaran portfolio di beberapa kementerian yang melibatkan pemerkasaan konsep Malaysia Madani.

 

Selamat berkhidmat kepada para Menteri dan bertindaklah sebaik mungkin menjaga amanah rakyat. - DagangNews.com

 

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI

 

 

 

dagangnews

 

 

Portfolio Tags