ACFTA : Antara limpahan ekonomi dan persaingan | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Volatiliti - 17 April 2023

ACFTA : Antara limpahan ekonomi dan persaingan

 

 

 

TATKALA pertumbuhan  ekonomi global masih lagi belum pulih dek kerana ketidakpastian geopolitik dan ketegangan perdagangan antara negara-negara besar ekonomi dunia, ASEAN dan China meneruskan langkah dengan memulakan pusingan pertama rundingan mengenai penambahbaikan dalam perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA).

 

ACFTA  menumpukan kepada sektor yang memberi manfaat kepada kepentingan kedua-dua pihak, termasuk ekonomi digital, ekonomi hijau, langkah bukan tarif, isu perlindungan pengguna dan perusahaan kecil dan sederhana.

acfta

Objektif ACFTA

ACFTA dibangunkan bagi mensasarkan beberapa tujuan dan matlamat  bagi ASEAN dan China. Di antaranya:

  1. Meningkatkan perdagangan dan pelaburan barang dan perkhidmatan antara negara anggota ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara) dan China. ACFTA bertujuan untuk mengurangkan atau menghapuskan tarif bea masuk, halangan bukan tarif, dan sekatan perdagangan lain antara kedua-dua pihak, serta meningkatkan akses pasaran dan peluang pelaburan.

  2. Meningkatkan kerjasama ekonomi yang akan mengukuhkan kerjasama ekonomi antara ASEAN dan China melalui peningkatan aliran perdagangan, pelaburan, serta kolaborasi dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Ini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan ekonomi antara ASEAN dan China dan mendorong pertumbuhan ekonomi kedua-dua pihak

  3. Meningkatkan kesejahteraan ekonomi masyarakat ASEAN dan China, termasuk peningkatan peluang pekerjaan, pendapatan, dan taraf hidup. Peningkatan perdagangan dan pelaburan antara ASEAN dan China akan memberikan manfaat ekonomi kepada masyarakat kedua-dua pihak, terutamanya kepada sektor-sektor yang terlibat dalam perdagangan dan pelaburan.

  4. Meningkatkan integrasi ekonomi dan regional antara ASEAN dan China ACFTA  yang akan memperkukuhkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, memperdalam keterkaitan ekonomi antara negara anggota, dan membangun kerjasama serantau yang lebih erat.

 

 

Isu-isu utama perbincangan ACFTA yang perlu diselesaikan

Pusingan pertama rundingan ACFTA perlu mencari “penyelesaian kepada beberapa isu utama sebelum ia dilaksanakannya. Antaranya ialah:

  1. Isu tarif bea masuk dan cukai import  merupakan salah satu isu utama. Negara-negara anggota ACFTA mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap tarif bea masuk dalam sektor-sektor tertentu. Oleh itu, isu-isu berkaitan tarif bea masuk, termasuk kadar pemotongan tarif, kategori barang yang terlibat, dan tempoh pelaksanaan menjadi isu yang perlu diselesaikan dalam rundingan ACFTA.

  2. Pembukaan pasaran dan akses pasaran juga perlu diputuskan dalam ACFTA. Negara anggota ASEAN dan China perlu bersetuju tentang bagaimana membuka pasaran dan memberikan akses pasaran yang adil bagi produk dan perkhidmatan dari kedua-dua pihak. Hal ini melibatkan penentuan tarif, kuota, dan langkah-langkah lain yang berkaitan dengan pembukaan pasaran dan akses pasaran

  3. Halangan bukan bukan tarif seperti peraturan teknikal, prosedur kastam, prosedur pengesahan produk, dan prosedur pengurusan kualiti mungkin menjadi isu yang perlu ditangani dalam ACFTA. Halangan bukan tarif ini boleh mempengaruhi akses pasar dan penglibatan pelaku ekonomi dari kedua belah pihak.

  4. Pelindungan pelaburan perlu ditangani dengan baik dalam ACFTA. Negara-negara anggota mungkin mempunyai peraturan pelaburan yang berbeza, termasuk peraturan mengenai pemilikan asing, perlindungan hak kekayaan intelek, dan mekanisme penyelesaian sengketa pelaburan. Oleh itu, perlindungan pelaburan menjadi isu yang perlu diselesaikan untuk memastikan kepastian hukum dan perlindungan bagi pelabur dari kedua-dua pihak.

  5. Kepatuhan peraturan antaraabangsa perlu diteliti oleh ACFTA. ACFTA mungkin mempunyai rujukan kepada peraturan dan piawaian antarabangsa, seperti piawaian teknikal, piawaian keselamatan makanan, dan piawaian alam sekitar. Justeru itu,  isu-isu berkaitan dengan kepatuhan terhadap piawaian antarabangsa, termasuk pematuhan, pematuhan kepercayaan, dan pematuhan teknikal  perlu  oleh ACFTA.

  6. Isu sensitif dan kepekaan seperti seperti perlindungan sektor strategik, kepekaan sosial dan budaya, serta ketegangan geopolitik. Isu-isu ini mungkin mempengaruhi dinamika rundingan dan memerlukan pendekatan yang berhati-hati dan diplomasi oleh ACFTA.

  7. Pelindungan hak kekayaan intelektual termasuk hak cipta dan paten juga perlu putuskan dengan baik dalam ACFTA dalam menentukan langkah-langkah yang perlu diambil dalam melindungi hak kekayaan intelektual di dalam kawasan perdagangan bebas.

 

 

acfta

 


Selesaikan secara berhemah

ACFTA perlu menyelesaikan isu-isu utama secara berhemah. Ini melibatkan kepentingan ASEAN dan China. Jika semua isu ini dapat diselesaikan dengan baik pastinya rundingan pusingan kedua ACFTA ini akan mencapai konsensus yang lebih baik dan lebih mudah untuk dilaksanakan kelak.

 

Penyelesaian ini bukannya mudah untuk dicapai kerana melibatkan negara ASEAN yang berbeza-beza dari segi dasar ekonomi dan pelaburan. Namun begitu, ACFTA perlu mencapai keputusan titik tengah yang boleh memberi manfaat kepada ASEAN dan China.

 

Segera perhalusi isu teknikal Perkara 6.5 Piawaian, Panduan dan Pengesyoran Antarabangsa

Selain itu utama, ACFTA juga perlu memperhalusi isu teknikal bagi kesamaan dan keadilan bagi ASEAN dan China. Perkara 6.5 Piawaian, Panduan dan Pengesyoran Antarabangsa dalam bab ACFTA STRACAP.

 

Antara yang perlu diperhalusi segera menerusi Perkara 6.5 ini ialah perlindungan yang sama kepada barang-barang yang dieksport dan barang-barang yang diperoleh dari negeri pihak lawan dalam hal pembebasan cukai atau pembebasan lainnya serta peraturan kuantitatif yang diterapkan kepada barang-barang dalam perdagangan antara mereka.

 

Selain itu, Perkara 6.5 perlu untuk sepakat untuk membangunkan dan melaksanakan mekanisme pemantauan peraturan asal, termasuk penguatkuasaan peraturan asal yang diterapkan oleh pihak negara eksport dan negara import. 

 

Kedua-dua belah pihak juga perlu sepakat untuk memberikan kerjasama dalam penerapan, penyelidikan, dan penyelesaian sengketa yang berkaitan dengan peraturan asal, termasuk kerjasama dalam penegakan hukum dan penyelesaian perselisihan melalui mekanisme penyelesaian sengketa yang telah disepakati.

 

Limpahan kesan ekonomi

ACFTA ini akan membawa kesan limpahan ekonomi kepada Malaysia. China dan Malaysia sebagai negara membangun perlu memanfaatkan kelebihan masing-masing untuk mengukuhkan rantaian perindustrian, bekalan, data dan modal insan di Malaysia.

 

Melalui ACFTA ini akan membuka peluang pasaran yang lebih luas bagi Malaysia untuk produk-produk Malaysia masuk ke China dan negara-negara ASEAN yang lain. Penghapusan atau pengurangan cukai import juga akan memberi kesan yang baik buat Malaysia untuk menjalankan aktiviti eksport dengan lebih kompetitif. Seperti yang kita tahu, eksport juga merupakan sumber pendapatan kepada negara.


 

acfta

 


Jangan lupa persaingan

Walaupun ACFTA dilihat boleh memberi limpahan ekonomi kepada Malaysia, namun kita jangan sekali melupakan tentang persaingan yang bakal berlaku bagi industri-industri di Malaysia terutamanya dengan industri atau sektor yang terbuka yang bersaing secara langsung dengan produk China.

 

Industri atau sektor ini akan menghadapi tekanan yang kompetitif yang lebih besar jika mahu bersaing dengan produk China yang jauh lebih murah. Bagaimana masih perusahaan tempatan kelak. Mampukah mereka bersaing? - DagangNews.com

 

 

Syamsyul Samsudin adalah Pensyarah Kanan (Kewangan dan Pelaburan) Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL VOLATILITI

 

Portfolio Tags