Untung bersih Sunway REIT meningkat 43.2% kepada RM127.68 juta bagi 3QFY2025
KUALA LUMPUR 10 Nov – Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT) mencatatkan prestasi kukuh bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2025 (3QFY2025) dengan keuntungan bersih meningkat 43.2% kepada RM127.68 juta, berbanding RM89.1 juta bagi tempoh sama tahun se







