| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

REIT runcit, perindustrian dijangka kekal momentum positif disokong dasar jelas termasuk TMM 2026 - RHB Research

KUALA LUMPUR 15 Jan - Sektor amanah pelaburan hartanah (REIT) Malaysia terus menunjukkan daya tahan yang kukuh, dengan segmen runcit dan perindustrian dijangka mengekalkan momentum positif, disokong oleh kadar penghunian yang tinggi, permintaan industri yang berdaya tahan serta p

BNM dijangka kekalkan OPR 2.75% sepanjang 2026 - BMI

KUALA LUMPUR 15 Jan – BMI Country Risk & Industry Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus untuk sepanjang 2026 berikutan sokongan daripada permintaan domestik yang kukuh.

 

Eduspec adakan EGM cadang terbitkan saham baharu selesaikan hutang RM10.2 juta

KUALA LUMPUR 15 JanEduspec Holdings Berhad akan mendapatkan kelulusan daripada majoriti pemegang saham berhubung cadangan penyelesaian hutang syarikat berkenaan berjumlah RM10.23 juta.

Program VSS dijangka tingkatkan ROE TM melebihi 20%, CGSI saran Tambah dengan TP baharu RM9.50

KUALA LUMPUR 15 Jan – Telekom Malaysia (TM) dijangka mencatatkan pulangan atas ekuiti (ROE) melebihi 20 peratus menjelang 2027 susulan pelaksanaan program pengurangan pekerja sukarela (VSS) yang menawarkan pakej menarik kepada kakitangannya, menurut CGS International.

Jumlah kontena dikendalikan Westports dijangka naik 3% kepada 11.6 juta TEU pada 2026

KUALA LUMPUR 15 Jan – Westports Holdings Bhd dijangka mencatat pertumbuhan isipadu kontena sebanyak tiga peratus kepada 11.6 juta TEU pada 2026, menurut Affin Hwang Investment Bank.

 

Projek solar terapung Empangan Chereh berpotensi bantu Malaysia eksport kepakaran tenaga boleh diperbaharui - Norza

KUALA LUMPUR 15 Jan - Projek solar terapung Empangan Chereh di Pahang berpotensi membantu Malaysia membangunkan kepakaran dalam tenaga boleh baharu (TBB) yang boleh dieksport ke pasaran lain, kata Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal Bhd Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Kelantan wartakan lima kawasan mendulang emas berkuat kuasa 14 Januari 2026

KUALA LUMPUR 15 Jan – Lima kawasan telah diwartakan sebagai lokasi mendulang emas dalam fasa pertama pelaksanaannya di Kelantan, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

 

Globetronics lantik Ta Shun Dher sebagai pengerusi bukan eksekutif

KUALA LUMPUR 15 Jan – Globetronics Technology Bhd melantik Ta Shun Dher sebagai pengerusi bukan eksekutif berkuat kuasa 14 Januari 2026. 

 

Sementara itu, Liaw Way Gian yang sebelum ini merupakan pengerusi eksekutif telah dilantik sebagai pengarah eksekutif.

Subscribe to