Pendapatan Kumpulan Kitacon dijangka kukuh pada FY23 disokong projek pembangunan bernilai RM759.3 juta – Rakuten Trade
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pendapatan Kumpulan Kitacon Bhd dijangka kukuh dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FY23) disokong beberapa projek pembangunan perbandaran di Lembah Klang dengan buku pesanan berjumlah RM759.3 juta.









