| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Jumlah penganggur di Malaysia berkurang kepada 579,200 ribu orang pada Julai 2023

KUALA LUMPUR 8 Sept - Bilangan penganggur terus menurun 0.4% kepada 579,200 ribu orang pada Julai 2023, mencatatkan kadar pengangguran 3.4%, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Pengeluaran getah asli Malaysia turun 4.5% pada Julai 2023 - DOSM

KUALA LUMPUR 8 Sept - Pengeluaran getah asli menurun sebanyak 4.5% kepada 28,533 tan metrik pada Julai 2023 berbanding 29,867 tan metrik pada Jun 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

TA Research unjur larangan China terhadap penggunaan peranti jenama asing beri kesan minimum kepada Inari

KUALA LUMPUR 8 Sept - Larangan kerajaan China terhadap penggunaan peranti jenama asing termasuk iPhone bagi tujuan kerja dijangka memberi kesan minimum kepada Inari Amertron Berhad.

 

Usahawan wanita Perak dipelawa sertai program pemasaran digital e-Juwita tingkatkan daya niaga

IPOH 8 Sept - Kerajaan negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat (Wanita Perak) mempelawa usahawan wanita negeri ini untuk menyertai Program e-Juwita negeri Perak.

 

SNS Network, Bitshield jalin kerjasama tingkatkan keselamatan siber di Malaysia dan Brunei

KUALA LUMPUR 8 Sept - SNS Network (M) Sdn Bhd memeterai perjanjian dengan Bitshield Data Defense Sdn Bhd untuk berkhidmat sebagai pengedar induk bagi produk SRL Bitdefender, yang memperkasakan pengguna dengan rumusan keselamatan termaju.

 

Thong Guan dijangka berdaya tahan pada FY24 dan jangka panjang walaupun berdepan cabaran makro – Kenanga Research

KUALA LUMPUR 8 Sept - Prospek tahun kewangan 2024 (FY24) dan jangka panjang Thong Guan Industries Berhad berdaya tahan walaupun berdepan cabaran makro, kata Kenanga Research susulan taklimat selepas keputusan kewangan dengan pengurusan kumpulan.

 

Selgate perkenal perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam talian selcare.com

KUALA LUMPUR 8 Sept - Selgate Healthcare, anak syarikat penjagaan kesihatan Selgate Corporation memperkenalkan selcare.com, sebuah platform dalam talian yang baharu dan ditambah baik, direka untuk memberikan pengguna akses mudah alih kepada perkhidmatan kesihatan secara maya di h

Prestasi kewangan pengeluar sarung tangan getah dijangka terus merosot pada suku ketiga, kata AmInvestment

KUALA LUMPUR 8 Sept - AmInvestment Bank Research mengunjurkan prestasi kewangan pengeluar sarung tangan getah pada suku ketiga 2023 terus merosot atau dalam situasi yang lebih positif adalah stabil dari suku tahun ke suku tahun.

 

Gentari, Sarawak Energy jalin kerjasama buka stesen pengecas EV pertama di Kuching

KUALA LUMPUR 8 Sept - Penyedia rumusan tenaga bersih, Gentari Sdn Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd, mengembangkan rangkaian pengecas kenderaan elektrik (EV) ke Sarawak dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB).

 

Mah Sing dapat manfaatkan peningkatan permintaan hartanah perindustrian melalui usahasama – MIDF Research

KUALA LUMPUR 8 Sept - Syarikat usahasama membolehkan Mah Sing Group Berhad memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat untuk hartanah perindustrian di Malaysia daripada pembeli di China, menurut MIDF Research.

 

Subscribe to