KUALA LUMPUR 17 Jan - AirAsia terus mengembangkan rangkaiannya dengan melancarkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Ahmedabad, Bandar Warisan Dunia UNESCO pertama di India.
KUALA LUMPUR 17 Jan - Sektor kelapa sawit Malaysia diunjur terus menghadapi beberapa cabaran utama termasuk kemerosotan kawasan tanaman, kekurangan daya saing harga berbanding Indonesia dan hasil yang lebih rendah.
KUALA LUMPUR 17 Jan - Kanger International Bhd membatalkan cadangan Mac 2021 untuk menganugerahkan kontrak RM478 juta kepada Vegetta Champion Sdn Bhd bagi melaksanakan pembinaan asas dan kerja-kerja bangunan utama projek pangsapuri servis di Genting Highlands, Pahang.
KUALA LUMPUR 17 Jan - RHB Investment menjangkakan Bursa Malaysia Bhd merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM52.5 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2023.
KUALA LUMPUR 17 Jan - TA Securities menilai penyedia sistem pengagihan kuasa HE Group Bhd dengan pendapatan sesaham (EPS) tahun kalendar 2025 (CY25) sebanyak 9 kali, memberikannya nilai saksama 44 sen sesaham tanpa penarafan.
KUALA LUMPUR 17 Jan - Boost, peneraju fintech (teknologi kewangan) serantau, meluaskan rumusan PayLater patuh syariah, Boost PayFlex kepada semua transaksi dalam aplikasi, di samping pembayaran kod QR.
KUALALUMPUR17Jan - Indonesia menawarkan kepada Filipina untuk membeli pesawat rondaan maritim (MPA) dan operasi antikapal selam CN-235 bagi meningkatkan keupayaan angkatan laut negara tersebut.
KUALA LUMPUR 17 Jan - Public Investment Bank (PublicInvest) menjangkakan ECA Integrated Solution Berhad mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan pada tahun ini berbanding jangkaan pertumbuhan dua angka sebelum ini disebabkan perbelanjaan modal (capex) yang lebih kecil.