66% rakyat Malaysia tidak setuju SST dinaikkan, bimbang kewangan peribadi terjejas – tinjauan UCSI
KUALA LUMPUR 15 Feb - Sebanyak 66% rakyat Malaysia tidak bersetuju cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dinaikkan kepada 8% kerana mereka bimbang ia akan menjejas kewangan peribadi mereka, menurut Pusat Penyelidikan Tinjauan UCSI.








