KUALA LUMPUR 31 Mei - WCE Holdings Bhd, yang mengendalikan Lebuhraya Pantai Barat (WCE), mencatat peningkatan hasil sebanyak 23% tahun ke tahun (y-o-y) kepada RM623.1 juta pada FY2024 berbanding RM506.8 juta tahun lepas.
KUALA LUMPUR 31 Mei - Malaysia Building Society Bhd berkata keuntungan bersih suku pertamanya meningkat 5.68% kepada RM78.34 juta daripada RM74.13 juta setahun lalu, hasil daripada pendapatan pembiayaan yang lebih tinggi dan sumbangan penyatuan daripada Kumpulan MIDF.
KUALA LUMPUR 31 Mei - Serba Dinamik Holdings Bhd berkata ia akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia berkuat kuasa 5 Jun selepas gagal mendapatkan lanjutan masa untuk mengemukakan pelan penyusunan semulanya.
KUALA LUMPUR 30 Mei - Datasonic Group Berhad mencatatkan pendapatan tertinggi sepanjang masa pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 (FY24) sebanyak RM368.3 juta, peningkatan sebanyak 6.8% dipacu permintaan kukuh untuk pasport, kad pengenalan, perkhidmatan peribadi kad kewangan
KUALA LUMPUR 30 Mei - Iskandar Waterfront City Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM496,000 pada suku pertama berkahir 31 Mac 2024 (1QFY24) berbanding kerugian bersih RM2.12 juta dipacu hasil lebih tinggi dalam segmen pembangunan hartanah.
KUALA LUMPUR 30 Mei - Malaysia Airports Holdings Berhad mencatatkan peningkatan untung bersih 226% kepada RM189.98 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024 (1QFY24).
JOHOR BAHRU 30 Mei – Johor Port Berhad, ahli Kumpulan MMC, menyaksikan eksport sulung tempurung biji sawit bersijil FGV Palm Industries Sdn Bhd (FGVPI) ke Jepun, baru-baru ini.