| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pertumbuhan kredit bukan kewangan sektor swasta melonjak kepada 5.4% pada April 2024 - BNM

KUALA LUMPUR 31 Mei - Malaysia mencatat peningkatan kredit sektor swasta bukan kewangan sebanyak 5.4% pada April 2024 berbanding 5.2% pada bulan sebelumnya didorong pertumbuhan lebih tinggi bagi pinjaman terkumpul dan bon korporat, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Permintaan domestik, pemulihan eksport dorong pertumbuhan ekonomi pada suku pertama 2024- DOSM

KUALA LUMPUR 31 Mei - Peningkatan penggunaan isi rumah dan pemulihan eksport berikutan permintaan luaran yang lebih tinggi mendorong ekonomi negara berkembang 4.2% pada suku tahun pertama 2024, meningkat daripada 2.9% pada suku tahun sebelumnya.

 

Australia, Britain, Malaysia, New Zealand dan Singapura setuju adakan latihan ketenteraan lebih kompleks di rantau ini, termasuk guna dron

SINGAPURA 31 Mei - Australia, Britain, Malaysia, New Zealand dan Singapura bersetuju untuk mengadakan latihan ketenteraan yang lebih kompleks di rantau ini tahun ini melibatkan dron, pesawat pejuang generasi kelima dan pesawat pengawasan.

 

Turkiye mengimport AS$1 bilion minyak sawit Malaysia, produk berkaitan pada 2023, kata Johari

PUTRAJAYA 31 Mei - Turkiye mengimport 1.11 juta tan minyak sawit Malaysia dan produknya tahun lepas, bernilai AS$1.01 bilion (RM4.444 bilion), menjadikannya pembeli kelima terbesar di dunia dan terbesar di rantau Timur Tengah, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Joh

I-Berhad catat peningkatan untung bersih kepada RM4.1 juta pada 1QFY24 dipacu perkembangan segmen riadah, hospitaliti

KUALA LUMPUR 31 Mei - Kumpulan hartanah, I-Berhad mencatatkan peningkatan untung bersih kepada RM4.1 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024 (1QFY24) berbanding RM675,000 bagi suku sama tahun sebelumnya dipacu perkembangan segmen riadah dan hospitaliti.

 

SD Guthrie raih lonjakan untung bersih tiga kali ganda kepada RM211 juta

KUALA LUMPUR 31 Mei - Sime Darby Plantation Berhad memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM211 juta dalam suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2024 (1QFY24), meningkat tiga kali daripada RM69 juta yang direkodkan dalam suku yang sama tahun lalu.

 

AME Elite beli tanah seluas 37.5 hektar bernilai RM106 juta di Kulai bagi pembangunan kluster perindustrian

KUALA LUMPUR 31 Mei - AME Elite Consortium Bhd membeli tiga bidang tanah pegangan bebas, seluas 37.5 hektar, di Kulai, Johor dengan harga RM106.17 juta bagi membangunkan kluster perindustrian.

 

Introducing VIPEXTRA.com: The Most Attractive and Rewarding Membership Club in Asia
HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 31 May 2024 - In the ever-evolving world of beauty, staying ahead of trends and accessing the best products and services can be challenging.
Subscribe to