| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

National Fraud Portal (NFP) dilancarkan sebagai usaha bersepadu kekang penipuan kewangan 

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Bank Negara Malaysia (BNM), Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), dan institusi kewangan telah melancarkan NFP sebagai platform bersepadu bagi memperkukuh keupayaan operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan (National Scam Response Centre, NSRC).

Petronas Gas raih untung bersih RM468.99 juta pada 2QFY24, susut 3.3%

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Petronas Gas Berhad mencatatkan untung bersih RM468.99 juta pada suku kedua tahun kewangan 2024 (2QFY24), susut 3.37% berbanding RM485.37 juta yang diraih pada suku sama setahun sebelumnya.

 

MIMOS lantik Dr Jasmine Begum sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR 20 Ogos - MIMOS Berhad melantik Dr Jasmine Begum sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa 8 Ogos lalu, menggantikan Datuk Seri Ibrahim Ahmad yang telah berkhidmat sebagai pengerusi syarikat itu sejak 1 Julai 2022 sehingga 15 Ogos 2023.

 

Uzma meterai perjanjian dengan Terawatt dari Taiwan teroka projek bateri dan tenaga boleh diperbaharui

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Firma perkhidmatan minyak dan gas Uzma Bhd menandatangani perjanjian dengan syarikat Taiwan, Terawatt Ltd untuk meneroka pembangunan produk atau projek dalam simpanan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui (RE).

 

MCE terima kontrak RM52.13 juta bekal komponen elektrik, mekatronik kereta Proton

KUALA LUMPUR 20 Ogos - MCE Holdings Bhd menerusi Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd memperoleh kontrak bernilai RM52.13 daripada Proton bagi membekalkan komponen elektrik dan mekatronik.

 

Kejohanan Perakaunan Universiti Heriot-Watt Malaysia disertai 832 pelajar dari seluruh negara

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Universiti Heriot-Watt Malaysia menganjurkan Kejohanan Perakaunan Heriot-Watt Edinburgh Business School (EBS) 2024 bagi memupuk bakat muda dalam bidang perakaunan. 

 

Apes To Stay At Home As Malaysia Tweaks 'Orangutan Diplomacy'

Malaysia is inviting countries that buy its palm oil to adopt orangutans but leave them in their natural habitat, local media reported, tweaking a plan that originally sought to send some abroad.

 

South Malaysia Industries dapat tawaran pengambilalihan pada 45 sen sesaham

KUALA LUMPUR 20 Ogos - South Malaysia Industries Bhd (SMI) menerima tawaran pengambilalihan bernilai lebih RM47 juta daripada sekumpulan pemegang saham utama.

 

Kontrak baharu bernilai RM32.5 juta diramal menyumbang 3% kepada keuntungan OCK Group pada FY24 dan FY25

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Kenanga Research mengunjurkan kontrak baharu bernilai RM32.5 juta bagi rumusan tenaga simpanan pusat data akan menyumbang 3% kepada keuntungan OCK Group Bhd bagi FY24 dan FY25.

 

Subscribe to