| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

SLP dijangka catat pemulihan sederhana didorong lonjakan semula pasaran eksport - PublicInvest

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Public Investment Bank Bhd (PublicInvest) menjangkakan SLP Resources Bhd mencatatkan pemulihan sederhana didorong peningkatan semula dalam pasaran eksport, khususnya Jepun.

 

Hamdan Mohamad letak jawatan sebagai CEO Kumpulan Ranhill Utilities selepas diambil alih YTL Power

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Tan Sri Hamdan Mohamad telah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ranhill Utilities Bhd berikutan pembelian saham syarikat oleh YTL Power International Bhd.

 

Apex Securities ramal QES Group catat prestasi lebih baik pada separuh kedua 2024 disokong buku pesanan kukuh

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Apex Securities meramalkan QES Group Bhd mencatatkan prestasi lebih baik pada separuh kedua 2024 disokong buku pesanan yang kukuh.

 

Penampilan sulung Elridge Energy di Pasaran ACE Bursa Malaysia catat 34 sen, naik 17.24%

KUALA LUMPUR 22 Ogos -  Saham Elridge Energy Holdings Bhd membuat penampilang sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada 34 sen, atau 17.24% lebih tinggi berbanding harga tawaran awam permulaannya (IPO) pada 29 sen seunit.

 

Powerwell Holdings raih kontrak RM14.75 juta, kendalikan papan voltan rendah pusat data Malaysia

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Powerwell Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd meraih kontrak bekalan daripada kontraktor antarabangsa berjumlah RM14.75 juta. 

 

Kedudukan kewangan Deleum diunjur stabil dipacu segmen kuasa dan jentera, perkhidmatan bersepadu medan minyak

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Kedudukan kewangan Deleum Bhd diunjur kekal stabil dipacu prestasi cemerlang segmen kuasa dan jentera (P&M) selain pemulihan ketara dalam segmen perkhidmatan bersepadu medan minyak (OIS). 

 

Amazon Web Services lancar Wilayah Infrastruktur di Malaysia, bakal labur AS$6.2 bilion sehingga 2038

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Amazon Web Services (AWS), sebuah syarikat Amazon.com Inc akan melabur sebanyak AS$6.2 bilion (RM29 bilion) di Malaysia sehingga tahun 2038 sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjangnya.

 

SD Guthrie, TH Properties bangunkan taman perindustrian bernilai RM220 juta di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR 22 Ogos - SD Guthrie yang dahulunya dikenali sebagai Sime Darby Plantation Bhd bekerjasama dengan TH Properties Sdn Bhd membangunkan taman perindustrian sijil halal pertama Malaysia di Negeri Sembilan.

 

Taraf saranan Maxis disemak naik kepada 'Beli', TP baharu RM4.17 - MIDF Research

KUALA LUMPUR 22 Ogos - MIDF Research menaik taraf saranan Maxis Berhad kepada 'Beli' daripada 'Neutral' sebelum ini dengan harga sasaran (TP) yang lebih tinggi iaitu RM4.17 sesaham berbanding RM3.87 sebelum ini selepas pengumuman keputusan suku kedua tahun kewangan 2024 (2QFY24).

Subscribe to