| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Malaysia Airlines menawarkan diskaun 30 peratus di Matta Fair

KUALA LUMPUR 5 Sept - Malaysia Airlines Bhd menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi tambang penerbangan untuk tempat duduk kelas ekonomi dan perniagaannya pada semua penerbangannya manakala FlyFirefly Sdn Bhd menawarkan harga tiket menarik di semua tempat duduknya.

Petronas luluskan RM1.9 bilion program pembiayaan vendor O&G sehingga kini

KUALA LUMPUR 5 Sept - Program Pembiayaan Vendor Petronas (VFP), yang diperkenalkan pada 2018, telah meluluskan pembiayaan RM1.9 bilion untuk lebih 300 vendor perkhidmatan dan peralatan minyak & gas (OGSE) setakat ini.

 

YTL Power mengesahkan SPRM menyoal YTL Comms berhubung 1BestariNet

KUALA LUMPUR 5 Sept - YTL Power International Bhd mengesahkan anak syarikatnya YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms) telah disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai projek 1BestariNet Kementerian Pendidikan, bernilai RM4 bilion.

 

PBH Asset Management dapat kontrak penyelenggaraan 3 tahun Lebuhraya Pan Borneo RM69.2 juta

KUALA LUMPUR 4 Sept - PBH Asset Management Sdn Bhd dilantik untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Lebuhraya Pan Borneo dengan kontrak bernilai RM69.2 juta untuk tempoh tiga tahun.

 

IHH Healthcare ambil alih Island Hospital pada harga tunai RM3.9 bilion

KUALA LUMPUR 4 Sept - IHH Healthcare Bhd menerusi anak syarikatnya, Pantai Holdings Sdn Bhd bercadang mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Island Hospital Sdn Bhd menerusi pertimbangan tunai RM3.9 bilion daripada Affinity Equity Partners.

 

TikTok Shop perkasakan 100,000 PKS sempena sambutan Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR 4 Sept - Menjuarai semangat “Jiwa Merdeka” sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67, TikTok Shop meneruskan komitmennya untuk menyokong matlamat menjadikan Malaysia dipacu teknologi, berpendapatan tinggi dan peneraju serantau dalam ekonomi digital dengan memperkasakan

Malaysia Airlines 'mangsa' kesan tindakan Khazanah beri sewa hangar Subang kepada firma Singapura - KJ

KUALA LUMPUR 4 Sept - Malaysia Airlines Bhd menjadi mangsa akibat yang tidak diingini ekoran keputusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menandatangani pajakan 15 tahun untuk dua hangar di Lapangan Terbang Subang dengan sebuah syarikat Singapura.

 

SPRM siasat YTL Communications, Kementerian Pendidikan berhubung tender 1BestariNet

PUTRAJAYA 4 Sept - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada tahun 2011.

Central Global terima subkontrak RM616 juta bagi projek naik taraf jalan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B

KUALA LUMPUR 4 Sept - Central Global Bhd menerusi RYRT International Sdn Bhd menerima subkontrak bernilai RM616.38 juta daripada Pembinaan Urusmesra Sdn Bhd bagi projek menaik taraf jalan di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B.

 

Subscribe to