| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MyCC denda RM446,000 ke atas 7 syarikat kerana penipuan tender Mindef

KUALA LUMPUR 5 Sept - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mendenda tujuh syarikat sejumlah RM446,092.95 kerana terlibat dalam penipuan bidaan berkaitan tender Kementerian Pertahanan (Mindef) bernilai kira-kira RM20 juta.

 

Binastra peroleh kontrak RM283.3 juta bina pangsapuri 31 tingkat di Taman Desa, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 5 Sept - Binastra Corporation Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Binastra Builders Sdn Bhd menerima kontrak pembinaan RM283.33 juta bagi membina bangunan pangsapuri di Taman Desa, Kuala Lumpur.

 

PublicInvest optimis terhadap prospek Magni-Tech didorong peningkatan kesedaran pengguna terhadap kesihatan

KUALA LUMPUR 5 Sept - Public Investment Bank (PublicInvest) optimis terhadap prospek Magni-Tech Industries Bhd didorong peningkatan kesedaran pengguna terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri.

 

Proton jual lebih 100,000 unit tahun ini didorong permintaan tinggi model X50

KUALA LUMPUR 5 Sept - Proton mencatatkan jualan domestik dan eksport sebanyak 12,690 unit pada Ogos 2024, menjadikan jumlah jualannya mencecah 101,489 unit setakat tahun ini (YTD). 

 

Situasi terburuk mungkin telah berlalu, pengukuhan ringgit antara pemangkin Tan Chong Motor - Maybank IB

KUALA LUMPUR 5 Sept - Maybank Investment Bank (Maybank IB) tidak menjangkakan perubahan yang ketara kepada Tan Chong Motor Bhd dalam tahun kewangan  2024 tetapi yang terburuk mungkin telah berlalu.

 

Penampilan sulung Steel Hawk di Pasaran ACE catat 30 sen, naik dua kali ganda

KUALA LUMPUR 5 Sept - Saham Steel Hawk Bhd membuat penampilang sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada 30 sen, atau 100% lebih tinggi berbanding harga tawaran awam permulaannya (IPO) pada 15 sen seunit.

 

Pengukuhan ketara ringgit beri kesan besar kewangan Notion Vtec suku akan datang - HLIB Research

KUALA LUMUR 5 Sept - Pengukuhan ringgit dijangka memberi kesan besar kepada kewangan kumpulan Notion Vtec Bhd susulan kerugian pertukaran mata wang asing bukan teras yang besar pada suku tahun kewangan akan datang.

 

Malaysia perkenal teknologi hijau baharu RT-ECO tingkatkan pengeluaran minyak sawit - Johari Ghani

KUALA LUMPUR 5 Sept - Kerajaan sedang menilai penggunaan teknologi RT-ECO iaitu kaedah termaju bagi merawat efluen kilang minyak sawit (POME) bagi meningkatkan pengeluaran minyak sawit mampan di Malaysia.

 

Untung bersih teras FY25 UMediC diramal meningkat 25% disokong pengembangan kapasiti segmen pembuatan

KUALA LUMPUR 5 Sept - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research meramalkan untung bersih teras UMediC Group Bhd meningkat 25% pada FY25 disokong peningkatan kapasiti pengeluaran pelembap praisi siri HydroX sebanyak 420,000 botol sebulan sejak April 2024.

 

Kumpulan Dpstar sasar penyenaraian di Bursa Malaysia menjelang 2026 bagi mengembangkan syarikat

KUALA LUMPUR 5 Sept - Kumpulan Dpstar, sebuah syarikat yang berpengalaman selama 30 tahun dalam instrumentasi hujung ke hujung, kejuruteraan, elektrik, automasi, kawalan proses, penentukuran dan penyelesaian terma, menyasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang 2026.

Subscribe to