KUALA LUMPUR 27 Nov - Vanzo Holdings Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM14 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 17 Disember 2024.
KUALA LUMPUR 27 Nov - Penyedia rumusan tenaga, T7 Global Berhad mencatat hasil RM17.4 juta dengan untung bersih RM11.4 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (3QFY24).
TOKYO 27 Nov - Iskandar Investment Berhad (IIB) akan menganjurkan forum perniagaan utama, Forum Nikkei Medini Johor di bandar pintar Medini, Iskandar Puteri, dengan kerjasama organisasi media terkemuka Jepun, Nikkei Inc., pada Jun 2025.
KUALA LUMPUR 27 Nov - Kerjaya Prospek Group Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM46.09 juta, meningkat 30% pada suku ketiga berakhir 30 September 2024 (3QFY24) serta mengisytiharkan dividen tujuh sen kepada pemegang saham.
KUALA LUMPUR 27 Nov - Untung bersih AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) bagi separuh pertama berakhir 30 September 2024 (1HFY25) meningkat 18% kepada RM1 bilion berbanding RM848.15 juta bagi tempoh sama tahun lalu dengan hasil meningkat kepada RM2.41 bilion berbanding RM2.33 bilion
KUALA LUMPUR 27 Nov - Petronas Gas Bhd yakin mencapai prestasi kewangan yang kukuh pada 2024, disokong oleh kontrak pendapatan stabil dan prestasi operasi yang mampan, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Aziz Othman.
KUALA LUMPUR 27 Nov - Kenanga Research menyemak turun unjuran keuntungan bersih FY24 Pharmaniaga sebanyak 10% akibat keputusan kewangan suku keempat yang lebih lemah daripada yang dijangkakan tetapi mengekalkan ramalan pendapatan FY25.