Pelantikan Ketua Audit Negara teratur, tiada keperluan Wan Suraya dibersarakan - AGC
KUALA LUMPUR 26 Julai - Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan berdasarkan Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan subperenggan 1(1) Jadual Pertama kepada Akta Audit 1957 (Akta 62), Ketua Audit Negara boleh dilantik dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.





