| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kerajaan disarankan wujud sistem pembelian online atasi masalah nombor plat tidak terjual, Parlimen diberitahu

KUALA LUMPUR 7 Okt – Kerajaan disaran supaya mewujudkan satu sistem dalam talian bagi membolehkan orang ramai membida nombor plat kenderaan yang tidak terjual kerana kelemahan dalam sistem sedia ada  menyebabkan kerajaan kehilangan hasil berjuta ringgit.

 

Sorento Capital buka bilik pameran bernilai RM2.5 juta di Johor

KUALA LUMPUR 7 Okt – Penyedia kelengkapan bilik air dan dapur, Sorento Capital Bhd membuka bilik pameran dengan konsep baharu di Johor bagi menembus pasaran zon selatan negara serta menarik pelanggan dari Singapura.

 

Kronologi Asia meterai kerjasama strategik dengan LT Zero bagi rumusan simpanan data AI

KUALA LUMPUR 7 Okt - Kronologi Asia Berhad memeterai kerjasama dengan LT Zero Pte Ltd, sebuah syarikat yang bekerjasama dengan peneraju global dalam sistem simpanan data, BDT Media Automation GmbH (BDT).

 

Pertumbuhan gaji hambar, kos operasi meningkat, Kenanga Research kekalkan saranan Neutral ke atas sektor pengguna 

KUALA LUMPUR 7 Okt – Penganalisis pasaran mengekalkan saranan Neutral terhadap sektor pengguna, di tengah-tengah sentimen pengguna yang kekal lemah disebabkan pertumbuhan gaji sebenar yang hambar serta kos operasi yang semakin meningkat.

 

Lebih 31,000 termasuk nelayan dan pemilik bot menjadi penerima baharu BUDI95 - MoF


KUALA LUMPUR 7 Okt - Lebih 31,000 rakyat daripada tiga kelompok masyarakat menjadi penerima baharu skim subsidi bersasar Budi Madani Ron95 (BUDI95) selepas Kerajaan meluaskan kelayakan kepada kumpuan tersebut.

 

AIA Foundation celebrates 30th anniversary with award of AIA Scholarships to the 5th cohort and launch of "AIA Purpose in Action" initiative

AIA senior management, scholars and graduates, together with singer Hins Cheung shared the purpose of inspiring a more sustainable Hong Kong

Malaysia mampu jadi hab kekayaan serantau jana RM10.7 bilion melalui pejabat keluarga tunggal – Juwai IQI

KUALA LUMPUR 7 Okt – Malaysia berpotensi menjana sehingga RM10.7 bilion manfaat ekonomi menerusi pelbagai pakej insentif cukai yang menyasarkan penubuhan banyak pejabat keluarga tunggal (SFO).

Cadangan cukai cecair vape dinaikkan 10 kali ganda kepada RM4, KKM tunggu maklum balas MOF

KUALA LUMPUR 7 Okt – Kementerian Kesihatan mencadangkan kadar cukai terhadap cecair vape dinaikkan kepada RM4 bagi setiap mililiter berbanding kadar semasa 40 sen, sebagai langkah mengurangkan penggunaannya menjelang pelaksanaan larangan penuh di seluruh negara.

 

Anwar beri amaran tegas kepada Tiong, Kementerian Pelancongan berhubung isu alkohol

KUALA LUMPUR 7 Okt - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan amaran tegas kepada Datuk Seri Tiong King Sing dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya selepas minuman beralkohol dihidangkan pada majlis makan malam gala Global Travel Meet baru-baru ini.

 

Subscribe to