SEPANG 24 Mac - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan diberikan penekanan penting dan dijadikan sebagai pilihan utama, bukan lagi pilihan kedua untuk pelajar yang tidak berjaya dalam bidang akademik, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR 24 Mac - Datasonic Group Bhd memperoleh kontrak RM22.5 juta untuk mereka bentuk, mencetak, membekal dan menghantar pelbagai dokumen keselamatan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
KUALA LUMPUR 24 Mac – Sunway Construction Group Berhad (SunCon) melantik Liew Kok Wing, 53, sebagai Pengarah Urusan Kumpulan berkuat kuasa 1 April 2022.
PETALING JAYA 24 Mac – KL Wellness City Sdn Bhd memperkenalkan bandar lestari berasaskan penjagaan kesihatan yang pertama seumpamanya, dikenali sebagai KL Welln
KUALA LUMPUR 24 Mac - Kerajaan bersetuju supaya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengadakan perbincangan bersama kerajan-kerajaan negeri bagi menangani masalah tempoh Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang dihadapi oleh usahawan-usahawan tani.
KUALA LUMPUR 24 Mac - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini bagi membincangkan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura pada 1 April 2022.
KUALA LUMPUR 24 Mac – Syarikat telekomunikasi bersedia berbincang lebih lanjut terhadap tawaran ekuiti yang ditawarkan dalam Digital Nasional Bhd. (DNB), seperti diumumkan Kementerian Kewangan (MoF) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) minggu lalu.
KUALA LUMPUR 24 Mac - Malaysia dan Singapura membenarkan semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan, bermula 1 April 2022.