BERA 14 Nov - Parti lawan tiada modal politik, justeru terpaksa mengitar tohmahan kononnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal diangkat Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR 14 Nov - Fitch Solutions Country Risk and Industry Research menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia bagi 2022 kepada 8.4% berbanding anggaran 5.9% sebelum ini.
KEMAMAN 14 Nov - Berbekalkan semangat tidak mudah mengalah menjadi kunci kejayaan kepada usahawan Tengku Zaizah Tengku Ahmad yang kini berjaya memiliki dua butik pakaian di UTC Kuala Terengganu serta sebuah kedai alat perkakasan di Bandar Baru Kerteh.
KUALA LUMPUR 14 Nov - Public Mutual mengumumkan pelantikan Chiang Kang Pey sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya berikutan persaraan Yeoh Kim Hong.
Dalam satu kenyataan, firma pengurus dana itu berkata Yeoh telah memegang jawatan itu sejak 15 tahun lalu.
KUALA LUMPUR 14 Nov - Maybank Investment Bank (IB) mengekalkan saranan 'pegang' terhadap TH Plantations Bhd. setelah mengambil kira pemangkin yang terhadap terhadap harga sahamnya.
KUALA LUMPUR 14 Nov - Terdapat beberapa pengambilan untung dilihat di pasaran domestik pada Isnin berikutan rali yang kukuh pada separuh akhir minggu lepas apabila pelabur menunjukkan tanda-tanda terbaik inflasi global semakin reda.
SEBERANG PERAI 14 Nov - Perniagaan santan segar dan kerisik yang diusahakan Norhayati Aziz sejak 20 tahun lalu semakin berkembang selepas mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan setempat.
KUALA LUMPUR 14 Dis - Bank Negara Malaysia mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Bandar Raya Kuala Lumpur yang ke-50 (KL50).
Duit syiling peringatan ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi: