| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PRU15: Krisis dalam Pakatan apabila Wan Azizah bantah pelantikan Guan Eng dalam Kabinet, kata Saifuddin Abdullah

KUANTAN 17 Nov - Kerajaan Pakatan Harapan menghadapi krisis sejak hari pertama apabila Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membantah pelantikan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, dedah Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

PN Terengganu tampilkan calon bersih dari rasuah dan manifesto realisitik untuk semua lapisan masyarakat

KUALA TERENGGANU 17 Nov - Perikatan Nasional (PN) Terengganu berharap rakyat negeri itu akan mengundi lapan calonnya yang bersih dari rasuah serta berintegriti tinggi ke arah pembinaan negara yang sejahtera, stabil dan makmur.

 

PRU15: Bukan semua profesor sokong Anwar - Ismail Sabri

BERA 17 Nov - Kenyataan Kumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, tidak menggambarkan sokongan ahli akademik seluruh negara.

 

Kabinet bayangan hanya propaganda pembangkang raih sokongan rakyat - Ismail Sabri

BERA 17 Nov - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kabinet bayangan yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu hanya propaganda pembangkang menjual 'produk mimpi' bagi meraih sokongan rakyat.

 

PM arah semua agensi, jawatankuasa pengurusan bencana siap sedia hadapi banjir

BERA 17 Nov - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua agensi berkaitan bencana dan keselamatan serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri serta daerah telah diarah supaya bersiap sedia menghadapi banjir termasuk banjir kilat seperti yang dihadapi beberapa

Kejuruteraan Asastera sasar raih pertumbuhan ketara dalam segmen SES dengan hasil konsesi lebih RM500 juta

KUALA LUMPUR 17 Nov – Kejuruteraan Asastera Bhd. (KAB) menyasarkan untuk meraih pertumbuhan yang ketara dalam segmen Penyelesaian Tenaga Lestari (SES), disokong oleh pengiktirafan hasil daripada konsesi berjumlah lebih RM500 juta sehingga 2046. 

 

Kadar pengangguran menurun kepada 3.7% pada 3QFY22 - DOSM

KUALA LUMPUR 17 Nov - Pasaran buruh terus mencatatkan pemulihan stabil pada 3QFY22 dengan kadar pengangguran berkurangan kepada 3.7% berbanding 4.7% pada suku yang sama tahun lepas dan perlahan-lahan kembali kepada keadaan sebelum pandemik.

 

Konsep Keluarga Malaysia aspirasi penyatuan semua rakyat - PM

BERA 17 Nov - Konsep Keluarga Malaysia adalah aspirasi yang berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

10,971 pekebun kecil Padang Terap terima manfaat Risda tahun 2022

PADANG TERAP 17 Nov - Seramai 10,971 pekebun kecil di daerah Padang Terap menerima manfaat menerusi pelbagai program Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

50,000 tapak rumah, bantuan perkahwinan antara terkandung dalam manifesto PN Perak 

IPOH 17 Nov - Sebanyak 50,000 tapak rumah ditawarkan kepada rakyat Perak yang belum memiliki kediaman sekiranya Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

 

Subscribe to