KUALA LUMPUR 2 Dis - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memohon pengisytiharan mahkamah bahawa firma broker Apex Securities Sdn Bhd, anak syarikat Apex Equity Holdings Bhd telah melanggar undang-undang sekuriti.
KUALA LUMPUR 1 Dis - Tafi Industries Bhd. menerusi unit milik penuhnya, T.A. Furniture & Projects Sdn. Bhd. memperoleh kontrak bernilai RM23.46 juta bagi pembinaan kuarters kakitangan Kementerian Kesihatan (MOH) bagi Wilayah Persekutuan Labuan.
KUALA LUMPUR 1 Dis - Kumpulan Perangsang Selangor Bhd. (KPS) menyasarkan untuk meningkatkan keuntungannya pada masa depan berdasarkan asas pendapatan yang lebih ketara menerusi pengambilalihan 100% kepentingan dalam MDS Advance Sdn. Bhd.
KUALA LUMPUR 1 Dis - Syarikat penerbangan tambang rendah baharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) optimis bahawa ia akan ‘melebarkan sayapnya’ ke destinasi antarabangsa pada suku pertama 2023.
KUALA LUMPUR 1 Dis - Al Rajhi Bank Malaysia (ARBM) mengambil langkah besar ke hadapan untuk perkhidmatan kewangan negara menerusi pelancaran bank digital pertama yang dikenali sebagai Rize.
KOTA KINABALU 1 Dis - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah memaklumkan dua syarikat minyak iaitu SEA Hibiscus Sdn. Bhd. (SEA Hibiscus) dan Repsol Oil and Gas Ltd (REPSOL) telah membayar tunggakan Cukai Jualan Negeri (SST) berjumlah RM79.41 juta pada 3 Oktober lalu.
KUALA LUMPUR 1 Dis - MSM Malaysia Holdings Bhd. melantik Dr Mazatul ‘Aini Shahar Abdul Malek Shahar sebagai ketua pegawai kewangan (CFO) baharu berkuat kuasa hari ini.
KUALA LUMPUR 1 Dis - EP Manufacturing Berhad (EPMB) yang tersenarai di Pasaran Utama telah melantik pakar produk automotif, Lim Sim Yee sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulannya, berkuat kuasa hari ini.
KUALA LUMPUR 1 Dis - Cadangan penjualan anak syarikat utama KNM Group Bhd., Borsig GmbH bernilai 220.8 juta euro (RM1.03 bilion) gagal dimuktamadkan setelah kumpulan memutuskan untuk tidak melanjutkan rundingan lebih lama dari tarikh akhir pada 30 November 2022.