Capital A terima pengiktirafan laman web terbaik IR Magazine Forum & Awards South East Asia 2022
KUALA LUMPUR 8 Dis - Capital A Berhad (Capital A) dianugerahkan “Laman Web IR Terbaik” pada IR Magazine Forum & Awards South East Asia 2022 bagi mengiktiraf usaha penjenamaan semula kumpulan itu daripada sebuah syarikat penerbangan kepada sebuah syarikat pegangan pelaburan.








