Kos bahan mentah menurun, MIDF Research naikkan unjuran keuntungan Hup Seng bagi FY23-FY24
KUALA LUMPUR 15 Feb - MIDF Research menaikkan harga sasaran (TP) Hup Seng Industries Bhd. kepada 85 sen daripada 79 sen sesaham sebelum ini dengan mengekalkan saranan 'beli' terhadap syarikat pengeluar biskut itu selepas ia merekodkan prestasi kewangan melebihi jangkaan.








