ATM hantar pasukan MALBATT 850-11 ke Lubnan, teruskan penugasan misi tentera pengaman antarabangsa
KUALA LUMPUR 31 OKT - Malaysia terus memainkan peranan pada pentas antarabangsa menerusi penghantaran Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) ke Lubnan bagi membawa misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL).









